Thursday, 19 July 2012

PANDUAN ASAS

PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Lukisan kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas.

Ia juga merupakan lukisan garisan yang terdiri daripada garisan lengkung dan lurus. lukisan kejuruteraan juga mempunyai simbol, konvensyen dan kepiawaian tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan mengapa piawaian itu penting adalah kerana untuk memudahkan komunikasi dengan mereka yang terlibat dalam bidang kejuruteraan dan menyeragamkan dari segi garisan, simbol, kaedah mendimensi dan sistem unjuran.

Terdapat juga Agens yang terlibat di Malaysia dan luar negara yang bertanggungjawab menentukan kepiawaian tersebut:

a) SIRIM
b) Kepiawaian British (BS)
c) Institut Kepiawaian Kebangsaan Amerika (ANSI)
d) Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa (ISO)
e) Piawaian Industri German (DIN)

Antara peralatan yand digunakan dalam lukisan kejuruteraan

• Sesiku-T
• Sesiku set 45º
• Sesiku set 30º/60º
• Pembaris Skala jurutera/skala segi tiga
• Lengkung boleh lentur
• Lengkung Perancis
• Jangka sudut
• Pemadam
• Pen teknikal
• Pita Perekat
• Pensel teknikal
• Plat Pencontoh
(gambar tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakan)
3)Antara gred-gred pencil yang ada di pasaran-
• Siri 9H,8H,7H,6H = Paling keras
• Siri 5H dan 4H = Keras
• Siri 3H dan 2H = Sederhana Keras
• Siri H, F dan HB = Sederhana Lembut
• Siri B, 2B dan 3B = Lembut
• Siri 4B,5B dan 6B = Paling Lembut

Garisan Kerja
Memberikan keterangan dan maksud tertentu. membolehkan pembaca lukisan memahami keterangan kandungannya melalui pembacaan berbagai-bagai jenis garisan..Setiap garisan hendaklah mengikut ketebalan seperti yang dicadangkan dalam piawaian:terdapat enam garisan yang utama.

Garisan Sempadan
Garisan ini akan dilukis secara tebal sekali dalam lukisan. Ia digunakan untuk bentangan kertas lukisan iaitu untuk melukis sempadan dan petak tajuk pada kertas lukisan. Ia boleh dilukis dengan pensel HB atau B.

Garisan Objek
Adalah garisan yang dilukis tebal, hitam serta jelas dan kemas. Biasanya dengan pensel HB.Ia digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu objek yang dapat dilihat .

Garisan Binaan
Adalah garisan yang dilukis nipis dan halus sekali dalam lukisan. Kebiasanya dilukis dengan pensil 3H atau 4H.Ia digunakan untuk permulaan pembentukan sesuatu objek Garisan-garisan ini tidak perlu dipadam jiga berlaku kesalahan.

Garisan Keratan
Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya dengan pensil 2H.Garisan ini dilukis secara condong biasanya pada sudut 45º dari mendatar Ia menunjukkan permukaan yang dipotong pada pandangan keratan

Garisan Terlindung
Garisan yang dilukis dengan sederhana tebal dan hitam. Biasanya dengan pensel 2H. Ia dilukis putus-putus dan mempunyai sengkang-sengkang pendek yang diatur sama jarak di antara satu sama lain. Garisan ini digunakan untuk menunjukkan susur sesuatu bentuk objek yang tersembunyi dari permukaan.

Garisan Tengah
Adalah garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya pensel 2H Ia dilukis berputus-putus dan berselang-seli di antara garisan panjang dan garisan pendek Ia digunakan untuk menunjukkan satu paksi, tengah atau pusat bagi objekyang berbentuk bulat dan terimbang

Garisan Dimensi
Garisan yang dilukis nipis tetapi jelas. Biasanya dengan pensel 2H.Digunakan untuk menunjukkan dimensi bagi sesuatu objek

Sistem Penilaian Lukisan teknik
Semasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-

a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol  tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
c) kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati  semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan  menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
d) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Peralatan Lukisan
Pensil 

 
Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2B
Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam


Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik

Papan Lukisan
 
Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan

Sesiku T

Digunakan membina garisan lurus mendatar
Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku.

Set Sesiku
Jangka Tolok
Jangka Lukis





Pensil Mekanikal



Pemadam

















REKABENTUK DAN PEMBUATAN

Pengenalan
     Sistem Rekabentuk dan Pembuatan Berbantu Komputer (CAD/CAM) adalah suatu teknik moden yang meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di dalam akitiviti kejuruteraan rekabentuk dan pembuatan. Sistem CAD/CAM ini diwujudkan selaras dengan perkembangan teknologi komputer dan automasi yang bermula sekitar tahun 1940an. Sistem CAD/CAM ini adalah suatu alat dan sistem bersepadu yang digunakan secara meluas, khususnya di zaman perindustrian ini. Daripada maklumat yang diperolehi, pada sekitar awal tahun 1970an, hanya lebih kurang 200 sistem CAD/CAM digunakan di seluruh dunia. Kebanyakan hanya kepada syarikat yang besar seperti industri kejuruteraan angkasa lepas, kapal terbang dan automotif. Walau bagaimanapun, pada sekitar tahun 1980an, akibat daripada pengurangan kos untuk memperolehi komputer dan juga faktor kesedaran tentang faedahnya sistem ini, sebanyak lebih 12,000 penggunaan sistem CAD/CAM dikesan. 
     Sistem CAD/CAM bukan sahaja mampu diserapkan di dalam berbagai bidang, tetapi yang pentingnya ia mampu menghasilkan rekabentuk dan produk secara berterusan dengan cepat dan jitu. Sistem ini juga adalah sesuai dan boleh dimanfaatkan pada semua peringkat industri, bermula daripada kerja merekabentuk sehingga pembungkusan produk. Bahagian pemasaran juga mampu mendapatkan data teknikal dan lukisan rekabentuk produk dengan segera bagi melaksanakan kerja-kerja pemasaran. Pada bahagian rekabentuk pula, sistem CAD/CAM boleh membantu di dalam model geometri, analisis, lukisan kejuruteraan kompleks dan menyediakan pemesinan Kawalan Berangka (Numerical Control - NC). Bahagian pembuatan adalah yang paling banyak mendapat manafaat iaitu pembuatan secara automasi.


Objektif:
Mengetahui definisi sebenar Rekabentuk dan Pembuatan Berbantukan Komputer Cad/Cam dan jenis-jenis model 3 dimensi yang terdapat dalam Cad/Cam.


Penerangan Ringkas:
Sebuah model ialah unjuran matematik sesuatu bentuk geometri yang disimpan di dalam ruang memori komputer sesebuah sistem Cad. Model 2 dimensi di dalam sistem didefinisikan oleh koordinat cartesian x dan y sahaja sementara model 3 dimensi pula terdiri daripada x,y dan z. Model-model 3 dimensi boleh dikategorikan kepada 3 bentuk iaitu wireframe, surface dan solid.


Definisi Computer Aided Design (CAD)
"Sebarang aktiviti rekabentuk yang melibatkan keberkesanan penggunaan komputer untuk menghasilkan dan mengubahsuai sesuatu rekabentuk kejuruteraan. Proses ini menggunakan teknik-teknik grafik komputer yang canggih dan dibantu dengan penggunaan pakej-pakej perisisan komputer untuk membantu di dalam menganalisa, membangunkan, menganalisa harga dan masalah-masalah ergonomik yang berkaitan dengan kerja-kerja rekabentuk.


Perbezaan di antara sistem CAD dan Teknik Lukisan Lazim 
     Lukisan lazim berdasarkan penggunaan peralatan-peralatan yang konvensional seperti kertas, pembaris, papan lukis, pen/pensil serta alatan set geometri manakala sistem CAD pula berdasarkan perkara-perkara berikut:
i. Perisian CAD contohnya Autocad, Ideas, Pro Engineer dan Catia.
ii.CPU ialah Central Processing Unit
iii.Sistem Ingatan (Memory) yang terdiri dari sistem ingatan dalaman dan luaran
iv.Peranti Masukan ialah Keyboard, Light pen, Mouse dan digitizer
v. Peranti Paparan ialah Monitor, VGA dan Super VGA  
    
      Pada amnya perisian sistem CAD/CAM boleh dikategorikan kepada 6 peringkat. Setiap peringkat tersebut mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Perisian ini merupakan suatu bahagian yang sangat penting kerana ia akan menentukan cara kerja sistem CAD/CAM tersebut. Ia merupakan program yang direka cipta dan dimuatkan ke dalam sistem komputer. Ia juga mempunyai peringkat-peringkat yang digabungkan mengikut keperluan. 6 peringkat perisian pada sistem CAD/CAM adalah seperti di jadual di bawah.

Wednesday, 18 July 2012

Sistem Rekabentuk dan Pembuatan Berbantu Komputer


Pengenalan
     Sistem Rekabentuk dan Pembuatan Berbantu Komputer (CAD/CAM) adalah suatu teknik moden yang meningkatkan kecekapan dan keberkesanan di dalam akitiviti kejuruteraan rekabentuk dan pembuatan. Sistem CAD/CAM ini diwujudkan selaras dengan perkembangan teknologi komputer dan automasi yang bermula sekitar tahun 1940an. Sistem CAD/CAM ini adalah suatu alat dan sistem bersepadu yang digunakan secara meluas, khususnya di zaman perindustrian ini. Daripada maklumat yang diperolehi, pada sekitar awal tahun 1970an, hanya lebih kurang 200 sistem CAD/CAM digunakan di seluruh dunia. Kebanyakan hanya kepada syarikat yang besar seperti industri kejuruteraan angkasa lepas, kapal terbang dan automotif. Walau bagaimanapun, pada sekitar tahun 1980an, akibat daripada pengurangan kos untuk memperolehi komputer dan juga faktor kesedaran tentang faedahnya sistem ini, sebanyak lebih 12,000 penggunaan sistem CAD/CAM dikesan. 
     Sistem CAD/CAM bukan sahaja mampu diserapkan di dalam berbagai bidang, tetapi yang pentingnya ia mampu menghasilkan rekabentuk dan produk secara berterusan dengan cepat dan jitu. Sistem ini juga adalah sesuai dan boleh dimanfaatkan pada semua peringkat industri, bermula daripada kerja merekabentuk sehingga pembungkusan produk. Bahagian pemasaran juga mampu mendapatkan data teknikal dan lukisan rekabentuk produk dengan segera bagi melaksanakan kerja-kerja pemasaran. Pada bahagian rekabentuk pula, sistem CAD/CAM boleh membantu di dalam model geometri, analisis, lukisan kejuruteraan kompleks dan menyediakan pemesinan Kawalan Berangka (Numerical Control - NC). Bahagian pembuatan adalah yang paling banyak mendapat manafaat iaitu pembuatan secara automasi
 
Objektif:
Mengetahui definisi sebenar Rekabentuk dan Pembuatan Berbantukan Komputer Cad/Cam dan jenis-jenis model 3 dimensi yang terdapat dalam Cad/Cam.

Penerangan Ringkas:
Sebuah model ialah unjuran matematik sesuatu bentuk geometri yang disimpan di dalam ruang memori komputer sesebuah sistem Cad. Model 2 dimensi di dalam sistem didefinisikan oleh koordinat cartesian x dan y sahaja sementara model 3 dimensi pula terdiri daripada x,y dan z. Model-model 3 dimensi boleh dikategorikan kepada 3 bentuk iaitu wireframe, surface dan solid.

Definisi Computer Aided Design (CAD)
"Sebarang aktiviti rekabentuk yang melibatkan keberkesanan penggunaan komputer untuk menghasilkan dan mengubahsuai sesuatu rekabentuk kejuruteraan. Proses ini menggunakan teknik-teknik grafik komputer yang canggih dan dibantu dengan penggunaan pakej-pakej perisisan komputer untuk membantu di dalam menganalisa, membangunkan, menganalisa harga dan masalah-masalah ergonomik yang berkaitan dengan kerja-kerja rekabentuk.

Perbezaan di antara sistem CAD dan Teknik Lukisan Lazim 
     Lukisan lazim berdasarkan penggunaan peralatan-peralatan yang konvensional seperti kertas, pembaris, papan lukis, pen/pensil serta alatan set geometri manakala sistem CAD pula berdasarkan perkara-perkara berikut:
i. Perisian CAD contohnya Autocad, Ideas, Pro Engineer dan Catia.
ii.CPU ialah Central Processing Unit
iii.Sistem Ingatan (Memory) yang terdiri dari sistem ingatan dalaman dan luaran
iv.Peranti Masukan ialah Keyboard, Light pen, Mouse dan digitizer
v. Peranti Paparan ialah Monitor, VGA dan Super VGA  
    Pada amnya perisian sistem CAD/CAM boleh dikategorikan kepada 6 peringkat. Setiap peringkat tersebut mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Perisian ini merupakan suatu bahagian yang sangat penting kerana ia akan menentukan cara kerja sistem CAD/CAM tersebut. Ia merupakan program yang direka cipta dan dimuatkan ke dalam sistem komputer. Ia juga mempunyai peringkat-peringkat yang digabungkan mengikut keperluan. 6 peringkat perisian pada sistem CAD/CAM adalah seperti di jadual di bawah.



Peringkat
Perisian
Penggunaan

Level 1
Computer System SoftwareOperating System, Compilers
Level 2
Graphic SoftwareGraphics

Level 3
CAD/CAM System SoftwareUser Interface, Data Management
Level 4
Product Modeling SoftwareWireframe Modeler, Surface Modeler


Level 5
Application SoftwareDrafting, NC Programming, Kinemati
Level 6
User Develop SoftwareLain-lain mengikut keperluan.

Faedah Penggunaan Sistem CAD berbanding Teknik Lukisan Lazim
i.Kadar Penghasilan Rekabentuk / Lukisan yang lebih tinggi
ii.Kejituan lebih tinggi dalam sesuatu rekabentuk
iii.Keseragaman keluaran semula
iv.Penjimatan ruang storan
v. Pengiraan dan analisa rekabentuk adalah cepat

6.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP 
Pada abad ini penggunaan CAD/CAM telah diserapkan di dalam kebanyakan industri dan bidang kejuruteraan. Kelebihan dan kebolehan sistem ini menyebabkan penggunaannya sehinggakan ke angkasa lepas. Tentunya di dalam industri pembuatan, sistem ini mampu mengurangkan kos operasi serta memaksimakan keuntungan keseluruhannya. Di Malaysia, sistem CAD/CAM telah lama bertapak khususnya di dalam industri pembuatan kenderaan, pengeluaran komponen dan pelaksanaan proses-proses pembuatan. Para-para pakar berpendapat bahawa sistem CAD/CAM mampu membawa bidang kejuruteraan ke dimensi baru serta membuka batasan-batasan yang selama ini menjadi terhad. Adalah disimpulkan bahawa kewujudan sistem CAD/CAM ini tentunya akan memanfaatkan manusia sejagat.